KYLIAN Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis, tetapi menegaskan ini tidak bererti dia bukannya lebih hebat daripada mana-mana pemain lain dalam skuad itu.
Ketua jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, mengesahkan bahawa Mbappe akan mengambil alih lilitan tangan daripada Hugo Lloris yang bersara daripada bola sepak antarabangsa pada Januari lalu, sementara Griezmann dinamakan sebagai timbalan kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.
Mbappe telah memperoleh 66 penampilan untuk pasukan kebangsaan, berbanding Griezmann 117 kemunculan walaupun penyerang Atletico Madrid itu lapan tahun lebih tua daripadanya.
Laporan di Perancis minggu ini mencadangkan Griezmann tidak menerima berita itu dengan baik dan berasakan dia lebih sesuai dengan peranan berkenaan, lantas Mbappe memahami mengapa rakan sepasukannya tersebut kecewa dengan keputusan terbabit.
"Saya ada berbual dengan Antoine. Dia kecewa dan ia boleh difahami.
"Saya memberitahunya bahawa saya juga akan membuat reaksi yang sama.
"Dia mungkin pemain yang paling penting dalam era Deschamps. Tetapi saya bukan berada di atasnya. Kami akan berganding bahu untuk cuba menjadikan Perancis menguasai di peringkat dunia.
"Jika dia mempunyai sesuatu untuk diperkatakan di hadapan kumpulan, saya akan duduk dan mendengarnya. Kami tidak boleh menutup pintu kepada sesiapa. Semua orang bebas meluahkan perasaan mereka," kata Mbappe dalam sidang media.
Sementara itu, Deschamps menafikan pelantikan berkenaan bukan semata-mata untuk mengambil hati Mbappe.
"Saya yakin dia mempunyai segala kualiti untuk melakukannya," katanya. -- Stadium Astro
Astro Arena
Fri Mar 24 2023
Mbappe (kiri) telah memperoleh 66 penampilan untuk pasukan kebangsaan Perancis, berbanding Griezmann 117 kemunculan. - Stadium Astro
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
UCL: Dua gol Mbappe pastikan Barcelona tersungkur di suku akhir
PSG bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mara ke separuh akhir UCL.
Jaringan Mbappe bawa PSG ke final Piala Perancis
Mbappe buka jaringan lima minit sebelum waktu rehat dengan gol kelapannya dalam kejohanan di Parc des Princes.
Mbappe bakal cetus masalah kepada Real Madrid
Gergasi LaLiga itu berharap dapat memuktamadkan perjanjian dengan Mbappe tidak lama lagi.
Mbappe gagal beri PSG impak di Paris
Reims terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marshall Munetsi menyudahkan umpanan Oumar Diakite pada minit keenam.
UCL: PSG tak jamin turunkan Kylian Mbappe
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, enggan menawarkan Kylian Mbappe jaminan tentang minit permainan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Mbappe maklumkan hasrat tinggalkan PSG - Laporan
Selepas tujuh tahun terikat dengan Paris St Germain, Mbappe mahu bergerak sebagai pemain bebas.
Mbappe bakal sertai Real Madrid akhir musim - Laporan
Mbappe tidak akan memperbaharui kontraknya di kelab Ligue 1 itu apabila ia tamat membolehkannya berpindah ke kelab lain secara percuma.
Lionel Messi diumum Pemain Terbaik FIFA 2023
Pemain tengah dari pasukan Sepanyol, yang memenangi Piala Dunia 2023, iaitu Aitana Bonmati pula dipilih sebagai pemain wanita terbaik tahun ini.
Ronaldo rangkul Anugerah Maradona
Ronaldo merangkul Anugerah Maradona mengatasi pesaing Kylian Mbappe, Harry Kane dan Erling Haaland.